Sunday 11 December 2011

LATIHAN BUNYI HAIWAN

Klik Latihan Bunyi Haiwan

LATIHAN MENGENAL HAIWAN

Klik Latihan Mengenal Haiwan

HAIWAN VERTEBRATA

Haiwan vertebrata boleh dikumpulkan ke dalam 5 kumpulan kecil iaitu mamalia, amfibia, reptilia, burung dan ikan.

MAMALIA : Haiwan dalam kumpulan ini berdarah panas, bernafas melalui paru-paru dan mengeluarkan peluh dari kulitnya. Selain dari itu badan mamalia ditutupi oleh bulu atau rambut. Mamalia juga mempunyai telinga luar yang berfungsi menangkap gelombang bunyi. Mamalia betina mempunyai kelenjar susu, mamalia menyusukan anaknya. Persenyawaan mamalia berlaku di dalam badan. Mamalia boleh didapati di darat dan di air. Contoh mamalia ialah manusia, kelawar, ikan paus, platipus
( satu-satunya mamalia yang bertelur), Tenggiling (badan bersisik) dan lain-lain lagi.

AMFIBIA : Contoh amfibia ialah katak, niut dan salamander. Haiwan ini berdarah sejuk. Ia bernafas melalui paru-paru, badannya terdedah dan lembap, bertelur dalam air dan persenyawaan berlaku di luar badan. Haiwan dalam kumpulan ini hidup di dalam air semasa kecil dan semasa dewasa hidup di daratan.

REPTILIA : Haiwan dalam kumpulan ini boleh di dapati di atas darat dan juga di dalam air. Ia berdarah sejuk, bernafas melalui paru-paru dan badannya bersisik kering. Reptilia membiak dengan cara bertelur. Contoh reptilia ialah cicak, buaya, ular,biawak,penyu,sumpah-sumpah dan lain-lain lagi.

BURUNG : Burung mempunyai bulu pelepah yang menutupi badannya. Ia bernafas melalui paru-paru dan makan menggunakan paruh. Kaki burung bersisik. Ia tidak mempunyai telinga luar. Burung mempunyai sepasang kepak dan berdarah panas. Buru membiak dengan cara bertelur. Persenyawaan telur berlaku di dalam badan. Telur burung dilindungi oleh cengerang.

IKAN : Ikan hidup di dalam air. Ia bernafas melalui insang, mempunyai sirip yang digunakan untuk gerakan dan imbangan. Kebanyakan ikan bersisik. Ikan berdarah sejuk. Suhu badannya berubah mengikut suhu alam sekeliling. Ikan bertelur atau beranak dalam air. Persenyawaan berlaku di luar badan.

VIDEO BUNYI HAIWAN 1

Friday 9 December 2011

VIDEO BUNYI HAIWAN 2

VIDEO MENGENAL HAIWAN

JENIS -JENIS HAIWAN PELIHARAAN

Taman yang indah akan menjadi sunyi sepi sekiranya taman ini hanya ada tumbuhan dan deruan air dan angin sahaja, taman indah tidak akan lengkap sekiranya tiada suara riuh rendah dari kicauan burung, unggas, serta haiwan peliharaan.

Untuk mewujudkan suasana riuh rendah di taman, yang paling mudah ialah memelihara haiwan. Selalunya haiwan yang dipelihara adalah jenis yang jinak dan mudah memeliharanya. Pelbagai jenis haiwan boleh di pelihara di taman.

1. Kucing

2. Ikan

3. Burung

4. Anjing

5. Arnab

6. Ayam

7. Itik

8. Kura-kura









Saturday 15 October 2011

KSSR DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI


Mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi akan diperkenalkan bagi murid Tahun Satu mulai tahun 2011 untuk menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Subjek baru itu akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’ bermula Tahun Satu, sekali gus membolehkan mereka memanfaatkan ilmu itu merentasi kurikulum untuk pembelajaran subjek lain.

             Selain itu, mereka juga akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru.

           
Apa bezanya DST (Dunia Sains Teknologi) dengan Sains PPSMI ?  Banyak sebenarnya. Science PPSMI berfokus kepada 5 tema utama : Living Thing, Force And Energy, Materials, Astronomy and Technology. Sementara DST pula mempunyai dua elemen berbeza iaitu Sains dan TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) Keduanya ini diajar berasingan. 48 waktu untuk Sains dan 12 waktu untuk TMK.Walaubagaimanapun, semasa mengajar Sains terdapat satu EMK (elemen merentas kurikulum ) dan TMK dimasukkan sebagai satu alat untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

           Persediaan mengajarnya juga berlainan daripada dahulu. Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan pedagogi 4 fasa (persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan). Dulu tertulis Learning area, Learning Objectives and Learning outcomes. Sekarang cuma guna Standard kandungan dan Standard Pembelajaran dan terdapat objektif pembelajaran. Setiap kali selesai proses pengajaran dan pembelajaran kami kena buat PBS (penilaian berasaskan sekolah) . PBS ini meliputi 40% markah keseluruhan dalam UPSR. Tahun 1hingga 3 menggunakan PBS sebagai pernilaiannya. Tahun 4 hingga Tahun 6 ada subjek UPSR 60% dan PBS 40%.