Saturday 15 October 2011

KSSR DUNIA SAINS DAN TEKNOLOGI


Mata pelajaran baru, Dunia Sains dan Teknologi akan diperkenalkan bagi murid Tahun Satu mulai tahun 2011 untuk menggantikan subjek Sains di bawah Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). Subjek baru itu akan memberi pendedahan kemahiran teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) secara praktikal atau `hands-on’ bermula Tahun Satu, sekali gus membolehkan mereka memanfaatkan ilmu itu merentasi kurikulum untuk pembelajaran subjek lain.

             Selain itu, mereka juga akan mempelajari asas sains hayat, sains fizikal dan sains bahan yang diberi penilaian berasaskan sekolah melalui kaedah pemerhatian secara berterusan serta pelbagai pendekatan meliputi secara bertulis dan projek ditentukan guru.

           
Apa bezanya DST (Dunia Sains Teknologi) dengan Sains PPSMI ?  Banyak sebenarnya. Science PPSMI berfokus kepada 5 tema utama : Living Thing, Force And Energy, Materials, Astronomy and Technology. Sementara DST pula mempunyai dua elemen berbeza iaitu Sains dan TMK (Teknologi Maklumat dan Komunikasi) Keduanya ini diajar berasingan. 48 waktu untuk Sains dan 12 waktu untuk TMK.Walaubagaimanapun, semasa mengajar Sains terdapat satu EMK (elemen merentas kurikulum ) dan TMK dimasukkan sebagai satu alat untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran.

           Persediaan mengajarnya juga berlainan daripada dahulu. Proses pengajaran dan pembelajaran menggunakan pedagogi 4 fasa (persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan). Dulu tertulis Learning area, Learning Objectives and Learning outcomes. Sekarang cuma guna Standard kandungan dan Standard Pembelajaran dan terdapat objektif pembelajaran. Setiap kali selesai proses pengajaran dan pembelajaran kami kena buat PBS (penilaian berasaskan sekolah) . PBS ini meliputi 40% markah keseluruhan dalam UPSR. Tahun 1hingga 3 menggunakan PBS sebagai pernilaiannya. Tahun 4 hingga Tahun 6 ada subjek UPSR 60% dan PBS 40%.